Thursday, April 8, 2010

Gaya Tudung Exclusive

PEMAKAIAN tudung sarung bersama anak tudung pelbagai warna menjadi gaya terkini wanita Muslimah.

Rata-rata wanita memilih tudung sarung bersengkuap (awning) untuk digayakan dengan pakaian kasual atau rasmi. Selain tudung bersengkuap, kini Hajaba memperkenalkan himpunan terbaru anak tudung i-DA yang dipakai bersama tudung mini i-DA.


Rekaan itu inspirasi daripada gaya bertudung yang digayakan penyanyi Yuna dan pelakon Aida Radzwill. Gaya tudung ini lebih eksklusif, bukan saja menjadi pilihan wanita pertengahan usia tetapi sesuai untuk remaja.


Menurut pemilik Hajaba, Mona Din, untuk gaya terbaru 2010, Hajaba memperkenalkan enam rekaan anak tudung i-DA pelbagai warna yang sesuai digayakan untuk semua jenis pakaian.


Ada rekaan polos dan ada yang mempunyai tiga lipatan pada bahagian atas.


Mona juga ingin memperbetulkan tanggapan pelanggan yang beranggapan Hajaba hanya mengeluarkan tudung tetapi sebenarnya tidak. Ini kerana jenama itu menyediakan busana serta pilihan gaya tudung untuk wanita yang inginkan kelainan.



"Selain tudung sarung, Hajaba mengeluarkan pelbagai jenis rekaan pakaian untuk eksekutif muda, remaja serta wanita pertengahan usia. "Bukan setakat jubah tetapi di butik ini, pelanggan boleh memilih blaus, skirt, seluar, gaun labuh dan kaftan. Kepelbagaian rekaan ini memberi pilihan kepada pelanggan memilih pakaian mengikut konsep majlis yang akan dihadiri," katanya.


Pakaian Hajaba menggunakan fabrik satin, sutera serta sutera sifon. Malah, penggunaan fabrik lycra yang diambil dari Jepun menjadi pilihan pelanggan kini.


Harga ditawarkan juga amat berpatutan untuk anak tudung i-DA yang dijual pada harga RM40, mini i-DA RM70 manakala pakaian dijual antara RM150 sehingga RM250. Kini atas permintaan ramai, Hajaba meluaskan perniagaannya dengan membuka cawangan terbaru di Pavilion, Kuala Lumpur, April ini. Ia bertujuan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang menggemari pakaian dengan gaya lebih eksklusif dan versatil.



Credit to http://www.utusan.com.my

0 comments:

Post a Comment

.blogspot World [e-Biz]